"Tahniah encik." Cik Kerani Hospital tersenyum. melayu. tertudung manis. "anak encik comel."
"ya, saya sudah tahu sebelum anak saya keluar lagi." padat jawapan Encik Chong
cik kerani tergelak dalam hati. orang zaman ini memang cepat perasan. mungkin ikut perangai perdana menteri.
"cepat, isikan butir surat beranak anak saya. saya ada kerja lepas ini. ini bukan Norway, dapat anak baru, dapat sekali elaun kerajaan ribu-ribu. silap-silap saya kena pilih nak bayar tol atau bayar duit susu anak," encik chong gesa.
"baik encik. tak ada masalah." cik kerani senyum lagi, bagai tidak terkesan dengan muka muncung encik chong. dikeluarkan borang. nanti akan dimasukkan dalam kad pintar, macam mycard.
tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. nada dering lagu indonesia. dan cik kerani angkat, dan berborak-borak, dan berb0rak-borak.
"sebentar ya encik, kawan saya call ajak shopping esok." cik kerani tersenyum lagi.
merah padam muka encik chong. marah. tapi bila dipandang papan tanda berhampirannya tertulis; HOSPITAL KERAJAAN. encik chong tak jadi mengamuk. dia faham normal itu bagaimana. beberapa minit kemudian, cik kerani habis berbual. tersenyum manis lagi, macam tadi. macam tak terkesan dengan merah padam muka encik chong.
"jadi, nama bapa? erm nama encik lah."
"Tan Chong bin Abdullah."
"oh, cina islam?" tanya cik kerani.
"ya. awak ada masalah?"
"saya tak ada," cik kerani tersenyum macam tadi. "tapi orang umno mungkin ada. mereka tak suka betul orang cina baca quran. tapi encik cina islam tak apalah"
"awak boleh sambung kerja awak?." encik chong meluat.
"nama ibu?" tanya cik kerani.
"Michelle Kok"
"sumpah??"
"habis awak ingat orang cina peluk islam sebab nak kahwin dengan awek melayu je?"
"baik-baik," cik kerani senyum lagi. "encik chong jangan marah-marah. sebab muka encik kalau marah macam khairy jamaluddin, buruk benar."
encik chong terkejut. tergamam cik kerani sanggup menyamakan mukanya dengan khairy jamaluddin.
"encik chong kahwin dengan cik michelle bila?"
"2 tahun lepas." ringkas jawapan encik chong. sengaja ringkas.
"masa kahwin, encik chong dengan cik michelle dah peluk islam?"
"belum."
"dulu encik dan cik michelle agama apa?"
"buddha."
"kat mana kahwin?"
"ipoh"
"bulan madu kat mana?"
"europe"
"gaji encik berapa?"
"awak boleh sambung kerja awak?"
"so, nama anak?" tanya cik kerani, tenang macam tak ada apa-apa.
"Umar bin Tan Chong"
"betul mahu begitu?"
"ya."
"jadi, bangsa: cina. agama; mahu saya letakkan apa?"
"islam. habis apa lagi."
"baik," cik kerani buat muka misterius. "tapi kalau encik chong dan cik michelle bercerai,"
"sekarang awak nak suruh saya dengan isteri bercerai pula?" tingkah encik chong.
"bukan, bukan. contoh saja."
"kenapa kalau bercerai pun?" mencebik encik chong.
"kalau bercerai, kemudian contoh lah cik michelle keluar dari islam dan mahu anak encik ini mengikutnya masuk buddha balik, encik boleh tengok saja ya. tak boleh buat apa-apa."
encik chong ternganga. luas. paling luas.
"tapi nama anak saya Umar?"
"saya tahu. tapi nama negara ini Malaysia, encik chong."
"habis..kenapa..?"
"jangan tanya saya," cik kerani tersenyum macam tadi lagi, mengangkat bahu,'pergi tanya Najib'
dicetak rompak dr mencari kami menjadi kami
0 comments:
Post a Comment